Thursday, August 29, 2013

Petua

Sayang seadanya dia
Dakap segala rompong sumbingnya
Cium segenap harum baiknya
Lakar hikayat cinta bersama 
Bersumpah seliang selahad sesyurga

Sunday, February 17, 2013

Kasihannya Kita

Hanya mampu merasa diri setinggi langit
dengan memandang orang serendah bukit

Sampai terpaksa cari cela saudara
semata untuk merasa sempurna

Bersungguhnya kita mahu rasa diri mulia
tak kira apa cara, apa cerita, apa benarnya

Kasihannya kita.
Kasihannya kita.

Monday, January 28, 2013

#2

Aku guna eraser
And then liquid paper
Walau aku lalukan blanko sekalipun
Namun nak ku padam nama kau dari hati
Aku gagal berkali-kali

Aku balut diri dengan benci
Kemudian muakkan diri dengan memori basi
Aku tutup rapat setiap inci diri
Mengelak engkau seperti mengelak badi
Namun tak juga hilang wajah kau
untuk ke seribu kali
Aku gagal lagi
Dan lagi dan lagi

Ish. Benci.