
Kau cahaya yang aku tunggu, yang aku rindu
Kau kasih yang aku mimpi, yang aku nanti
Kau cinta yang hadir malam, yang beri bayang
Kau lagu sebelum lena, yang aku rasa
Aku bukan rajawali yang terbang tinggi
Aku bukan rajawali yang terbang tinggi
atau cenderawasih dari syurga biru
untuk terbang dekat dan bisikkan sayang pada kamu
Aku hanya pungguk buruk mencuri pandang
lampu yang kamu tabur pada alam
Tertanya masih ingatkah rembulan sayang
pada cinta yang kita ikrarkan?
*
*
*
*
*
Wahai tuan kelibat malam yang terus ada
Tak jemukah menyanyi lagu rindu segala?
Masakan tercapai rasa kamu itu ke angkasa
Walau hati ini meruntun mahu kamu hinggap pada saya
Wahai pungguk menarilah dalam cahaya terang itu
Wahai pungguk menarilah dalam cahaya terang itu
Tanda saya menghulur tangan menyambut cinta kamu
Biar berutas berangkai bintang yang sudi meneman
Walau turun garuda dari kayangan mahu kawankan
Jiwa ini tetap syairkan tuan
yang hinggap setia di taman larangan
Saya nantikan hari langit mencium bumi
Saya nantikan hari langit mencium bumi
Agar dapat kita bertaut jari

5 comments:
walaupun kau bukan rajawali atau cenderawasih atau pungguk seperti yang diungkap
dan aku bukan cahaya yang kau tunggu atau pungguk yang menari dalam cahaya terang
tapi tahukah kau bahawa setiap bintang yang yang berangkai pasti ada satu yang lebih terang walaupun ribut melanda
p/s:-bintang yang kau kenali
temukan saya dengan bintang yang paling terang itu agar dapat dia gantikan saya.. saya mahu turun ke taman larangan berjumpa pungguk. boleh?
Jika....
bintang kelam cuba bersinar terang
akan....
mengantikan kau untuk mendapatkan pungguk
tapi.....
kalau pungguk yang mendapatkan kau
adakah.....
bintang kau lupakan
dan.....
bintang akan kelam lagi
bintang takkan berhenti berkelip terang walau bulan sudah berteman..
bulan tetap akan berbicara sama bintang walau bintang mahu berdiam
bulan dan bintang tetap perlu hias langit malam bukan?
Bintang akan menemani Bulan
agar cahaya dapat berkongsi bersama
tapi bila ribut melanda
adakah bulan dan bintang akan terang bersama
dan biarkan satu yang nyata
dan Aku takut terjadi begitu
p/s:-bintang yang kau kenali
Post a Comment