Thursday, April 23, 2009

Bilik Ungu

Kamu suka merah
Aku suka biru

Kata kamu merah itu cinta
Pada aku biru punya jiwa

Masuk bilik putih, kita buntu
Mahu diwarna merah atau biru
Dan kita punya berus seorang satu

Tanpa berkira kita setuju
Biru dan merah jadinya ungu
Bilik putih dipalit sama
Gabungan warna dua rasa

Datang satu hari
Pasti kita kan sedar sendiri
Ungu itu bukan merahmu
Dan aku masih mahu jiwa biruku

Agak sukar memujuk hati
Berdamai dengan ungu
Tanpa mahu lagi merah atau biru

1 comment:

dauz said...

nk share kat facebook leh??