Tuesday, April 20, 2010

Senyum Manis-Manis

Senyum manis-manis wahai gadis
Walau hati kau pernah dihiris-hiris
Walau sekarang masih berkudis
Waktu saksi si jantung hati merangkul jalang sinis

Senyum manis-manis wahai gadis
Sudah tamat giliran kau meratap mengemis
Waktu kau lihat dia berpuitis romantis
Dan tawa mereka buat kau jatuh menangis

Senyum manis-manis wahai gadis
Sudah sampai waktu kau diangkat selepas digilis
Dan dia datang semula selepas dicampak si jalang sadis

Senyum manis-manis wahai gadis
Saat dia melutut di depan kau mengadu sakitnya dinajis
Jangan lupa untuk senyum manis-manis