Umpama novel cinta bersegi
Yang hilang helaian akhir
Semua tertanya
Apa sudahnya?
Umpama puisi ranap hati
Tersekat tak terlahir
Semua tertunggu
Apa rasanya?
Umpama pujangga dahaga kata
Terkulai bisu di pangkal pena
Semua termangu
Apa baitnya?
Umpama Majnun yang enggan jaga
Kerana lelapnya dinanti Laila
Semua tunggu
Bila bersatunya?
Umpama bulan yang hadir siang
Bila jemu dengan sunyi malam
Semua kaku
Mana logikanya?
Umpama Teja yang pandangkan Tuah
Rasa cinta yang pernah singgah
Semua sayu
Itukah sudahnya?
Umpama satu dejavu
Kisah kau dan aku
Kita keliru
Mana hujung pangkalnya?
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
;)
Post a Comment