Aku suruh kau kuat
dan aku ampuh dari belakang
Aku suruh kau cekal
jangan bercerai badan dan tulang
Aku minta kau tegar
pasakkan kaki, jangan rebah!
Aku mahu kau utuh
bangkit semula, jangan patah!
Tapi sejujurnya
Kalaulah aku yang di dalam kasutmu
Sudah pasti aku berderai seribu
