Thursday, August 13, 2009

Tewas

Mimpi pecah
Bersama pecahnya panggilan
Serentak rantai yang mengikat makin kuat
Makin ketat
Kelopak mata masih berat
lantas melekat
Tubuh belum puas bercumbu dengan kamar
Mahu terus bercanda dengan gelap
di bawah gebar kulit khinzir

Celaka!
Tewas lagi aku pagi ini


**Peringatan buat semua dan diri sendiri. Insya Allah.