Friday, February 17, 2012

Kontradiksi


Kata Billy Joel
"Jujur itu hidup dalam kesunyian
kerana suara jujur itu terlalu jarang orang mahu dengarkan"

Betapa kita manusia hidup dalam kontradiksi
Yakin berani dirodok tajamnya benar dari
dicincang kerikil dusta
Dan bila tersentak nyata yang benar itu
realitinya tersangat ngilu
jisimnya terlalu padu
tak terpikul dek longlainya hati rabaknya bahu
Masih sanggupkah buka mata
dan tadah setiap nyeri dan sakitnya?

Jangan tipu

Terlalu ramai yang mahu jadi srikandi
Kata mahu berdiri walau diterjah taufan api
Gah memasak langkah konon mahu lawan hati

Dan bila datang si tukang karut suara merdu
Mendendang lagu dusta mendayu
Meniup dingin hati yang diacah bahang api
Kau tumpas bagai air batu mencair membasah bumi

Tiba-tiba suara jujur jadi bisikan jahat
Suara benar yang menderu kau anggap panggilan kiamat
Tertutup sudah mata
Tertuli sudah telinga
Dan kau tersenyum memeluk bahagia palsumu
Kerana pada kau itulah "kebenaranmu".

Kebenaran padamu bukan lagi apa yang benar
Tapi apa yang kau pilih untuk lihat, percaya dan DENGAR

Face it.


See? Kontradiksi.

No comments: